50 Rumah Rosak Dilanda Ribut - Berita Jenayah | mStar

50 Rumah Rosak Dilanda Ribut

Diterbitkan: Jumaat, 8 September 2017 10:16 PM

(Ubah saiz teks)

BALING: Kira-kira 50 rumah termasuk 20 pangsapuri kos rendah di daerah Kota Setar rosak akibat dilanda ribut pada Jumaat.

Kereta dan motosikal turut rosak dalam insiden pukul 4 petang itu.

Ooi Khir Tong, pegawai khas kepada Menteri Besar Kedah turut hadir melawat kawasan terjejas.

"Bumbung di tingkat atas 20 unit rumah pangsa kos rendah membabitkan enam blok di Taman Setia Jaya diterbangkan ribut kuat. Nilai kerosakan masih belum dikenal pasti," kata Ooi.

Beliau berkata Jabatan Kebajikan Negeri dan Jabatan Kerja Raya (JKR) telah dihubungi bagi membantu mangsa yang terjejas.

Kawasan lain yang turut terjejas adalah Kampung Borhan, Taman PKNK, Alor Rela, Taman Idris, Taman Golf dan Taman Nuri.

Mohd Hafizula Ridzuan, seorang penduduk di Taman Nuri berkata ribut kuat telah merosakkan motosikal dan tempat letak kereta di rumahnya.

Tags / Kata Kunci: ribut , Baling

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan