SPRM Tahan Pegawai Petronas Carigali

Diterbitkan: Rabu, 6 September 2017 10:08 AM

Petronas Carigali

Ketiga-tiga suspek dipercayai terlibat dalam menghantar tiga invois palsu untuk projek menggerudi minyak yang tidak pernah dilaksanakan. - Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang pegawai kanan Petronas Carigali Sdn. Bhd (PCSB) antara tiga individu yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes rasuah membabitkan RM23.7 juta.

Pengurus penghantaran projek yang berusia 45 tahun di syarikat yang perkhidmatan cari dan penghasilan minyak danm gas itu ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di pejabatnya di Menara Berkembar Petronas, KLCC pada Selasa.

Satu lagi pasukan SPRM turut menahan pengarah syarikat berusia 57 tahun yang melaksakana kerja untuk PCSB ketika suspek berada di rumahnya di Batu 9, Jalan Cheras.

Pasukan ketiga pula menyerbu kediaman bekas pembantu teknikal PCSB di Puncak Alam dan menahannya di sana.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani mengesahkan tentang penangkapan itu yang dilakukan antara pukul 2.40 petang hingga 3 petang.

Ketiga-tiga mereka ditahan semalaman di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya dan akan direman pada Rabu.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek dipercayai terlibat dalam menghantar tiga invois palsu untuk projek menggerudi minyak yang tidak pernah dilaksanakan iaitu antara April hingga Jun 2015.

Bagaimanapun, PCSB membuat bayaran penuh kepada syarikat tersebut.

SPRM masih mencari kes lain yang berkaitan penyelewangan kuasa dan rasuah melibatkan syarikat gergasi cari gali nasional itu.

Pada September tahun lalu, SPRM menahan seorang akauntan atas tuduhan menggelapkan wang bernilai RM7 juta dari Petronas.

Tags / Kata Kunci: SPRM , Petronas Carigali

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan