Pemilik Butik Ditahan Semula

Diterbitkan: Ahad, 3 September 2017 8:21 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pemilik butik perancang perkahwinan yang sebelum ini direman selama dua hari bermula Khamis lalu di Klang, ditahan semula petang Jumaat bagi membantu siasatan terhadap empat lagi laporan baharu yang dibuat ke atasnya di sini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata, wanita berusia 35 tahun itu ditahan pada kira-kira 2 petang Jumaat sebaik sahaja dibebaskan daripada tahanan reman oleh Jabatan Siasatan Jenayah IPD Shah Alam selepas pihaknya menerima empat laporan polis berhubung dakwaan menipu yang dikaitkan dengan suspek, melibatkan kerugian kira-kira RM20,000.

"Suspek bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis pada pukul 8 malam hari yang sama selepas selesai siasatan, pasport antarabangsanya turut ditahan sebagai langkah mengelakkan dia melarikan diri ke luar negara," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Korban sempena Hari Raya Aidiladha di sini, Sabtu.

Kata Shafien, siasatan awal pihaknya mendapati kebanyakan laporan polis ke atas pemilik butik perkahwinan itu dibuat oleh bakal pengantin yang telah membayar deposit kerana khuatir dengan perkhidmatan yang diberi.

Ini berikutan tularnya video yang menunjukkan pejabat butik berkenaan diserbu oleh pengantin yang tidak berpuas hati dengan khidmat yang diberi.

"Saya jangka lebih ramai pelanggan suspek akan membuat laporan polis untuk menuntut kembali deposit mereka," katanya.

Shafien berkata, pihaknya telah membuka satu kertas siasatan berhubung kes berkenaan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Pada 31 Ogos lalu, Mahkamah Majistret Klang mengeluarkan perintah reman selama dua hari sehingga semalam ke atas suspek bagi membantu siasatan kes penipuan pakej perkahwinan yang membabitkan kira-kira 100 pasangan dan bakal pengantin dengan kerugian dianggarkan bernilai kira-kira RM497,000. - Bernama

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan