Hisap Rokok Di Tempat Larangan, Lelaki Indonesia Melecur

Diterbitkan: Ahad, 3 September 2017 9:27 PM

(Ubah saiz teks)

BINTANGOR: Gara-gara menghisap rokok di stor bahan mudah terbakar, seorang pekerja Indonesia melecur dalam kebakaran pada kira-kira pukul 10 pagi Ahad di sebuah tapak pembinaan di Jalan Lubok Graji, Ulu Pakan, 55km dari sini.

Selain menyebabkan badan lelaki berusia 21 tahun itu melecur 50 peratus, kebakaran itu turut menyebabkan sebuah bengkel lori rosak 40 peratus dan tiga unit rumah pekerja musnah 100 peratus.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Nicholas Belulin, mangsa telah dikejarkan ke Klinik Kesihatan Nanga Wak oleh rakan-rakan sekerja untuk mendapatkan rawatan.

“Maklumat awal melalui saksi di lokasi memaklumkan ada aktiviti pekerja merokok di kawasan stor penyimpanan minyak. Tong penyimpanan cecair pelarut (thinner) bocor tanpa disedari dan api dari puntung rokok telah menyambar cecair itu lalu menyebabkan kebakaran," katanya ketika dihubungi.

Pihaknya menerima laporan mengenai kebakaran tersebut pada 10.09 pagi dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor digerakkan dan tiba di lokasi 11.32 pagi.

Operasi memadam kebakaran tamat pada 1 petang. - BERNAMA  

Tags / Kata Kunci: rokok , melecur

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan