Anggota Polis Mati Ditembak Dari Jarak Dekat

Diterbitkan: Khamis, 31 Ogos 2017 12:47 PM

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Anggota polis berpangkat lans koperal ditembak mati di balai polis di Jalan TP 7/2 di sini, awal pagi Khamis.

Mangsa yang berusia 29 tahun dipercayai Lans Koperal Valentino Mesa ditemui berlumuran darah apabila berhenti sementara ketika rondaan di Balai Polis Pinggiran Subang Jaya kira-kira pukul 3.25 pagi.

Difahamkan ketika kejadian Mesa bertugas sendirian di balai polis berkenaan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, balai polis itu didapati dalam keadaan gelap ketika anggota polis peronda tiba di situ.

"Lampu ditutup dan sebaik masuk ke balai berkenaan, mereka menemuinya," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Mangsa yang terkena satu das tembakan dan kesan tetakan di belakang kepala mula berkhidmat dalam pasukan sejak 2010.

Mazlan berkata, beberapa saksi memberitahu mendengar letupan pada pukul 2.40 pagi, bagaimanapun menolak ia bunyi bunga api sambutan Hari Kebangsaan.

"Kami percaya kejadian itu juga berlaku pada masa sama," katanya.

Pistol milik mangsa juga didapati hilang dari lokasi.

Katanya, tiada CCTV di balai polis berkenaan tetapi pihaknya sedang menjalankan pemeriksaan bagi mendapatkan rakaman visual di kawasan sekitar.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian itu tidak mempunyai kaitan dengan isu peribadi seperti masalah hutang.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan mangsa mengenali penyerang kerana tembakan dilepaskan dari jarak dekat.

Tags / Kata Kunci: Mesa , Pinggiran Subang Jaya

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan