Polis Cari Lima Penyamun Emas

Diterbitkan: Isnin, 28 Ogos 2017 9:13 AM

Mohamad Roy Suhaimi

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan beberapa individu yang disyaki terlibat dalam cubaan menyamun sebuah kedai emas di Kompleks Idaman, Jalan Gombak di sini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supritendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata dalam kejadian kira-kira 11.55 pagi itu, lima lelaki yang memakai jaket hitam dan bertopi keledar memasuki premis itu dengan  bersenjatakan tukul besi.

“Dua daripada mereka cuba memecahkan cermin pameran menggunakan tukul besi namun gagal dan melarikan diri.

“Bagaimanapun tiada kerugian dilaporkan. Siasatan awal mendapati kelima-lima suspek datang dan melarikan diri menaiki tiga motosikal yang jenisnya tidak dapat dipasti,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Mohamad Roy berkata pihaknya sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup di lokasi kejadian dan giat mendapatkan saksi kejadian itu.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cuba melakukan samun.

Tags / Kata Kunci: Meas , Penyamun , Polis , Gombak

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan