Bayi Berbungkus Plastik Dalam Semak

Diterbitkan: Ahad, 27 Ogos 2017 12:08 PM

(Ubah saiz teks)

MUADZAM SHAH: Tanpa pakaian dan masih bertali pusat, seorang bayi lelaki berbungkus plastik ditemui dalam semak berhampiran kuarters kerajaan Desa Kenanga Muadzam Shah, di sini malam Sabtu.

Bayi malang itu ditemui seorang lelaki warga Pakistan pada kira-kira jam 10.15 malam, di sisi uri yang telah busuk.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azli Mohd Noor berkata, seorang lelaki yang melalui kawasan terbabit, berhenti dan menghampiri bayi itu untuk melihat dengan lebih dekat serta mendapati dia masih hidup namun tidak menangis.

Menurutnya, lelaki itu segera menghubungi Hospital Muadzam Shah setelah mendapati masih terdapat uri yang sudah berbau busuk pada bayi itu.

"Hasil siasatan, lelaki itu mengatakan dia dari kedai di Desa kenanga dan dalam perjalanan pulang ke Desa Tanjung sebelum ditahan seorang lelaki Pakistan. Dia cuba mengangkat bayi itu yang kemudiannya menangis sebelum menghubungi Hospital Muadzam Shah.

"Hasil pemeriksaan doktor mengesahkan ia merupakan bayi lelaki dalam keadaan sihat dan dilahirkan cukup bulan dengan berat 2.6 kilogram," katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Beliau berkata, bayi berkenaan dipercayai lahir dalam tempoh kurang 24 jam dan pihak hospital turut mengesahkan tiada kecederaan serius padanya, hanya terdapat bintik merah pada jari, kemungkinan disebabkan gigitan serangga.

Katanya, bayi itu kini dipantau oleh pakar kanak-kanak manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah dimaklumkan mengenainya.

Azli berkata, polis telah merakam percakapan pengadu dan saksi,  selain berusaha mengesan suspek di sekitar lokasi terbabit. -SinarHarian

Tags / Kata Kunci: buang bayi

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan