Suami Isteri Maut Rempuh Lori

Diterbitkan: Sabtu, 26 Ogos 2017 9:54 PM

Kereta Proton Persona dipandu mangsa terbabas lalu melanggar belakang sebuah lori yang mengalami kerosakkan di bahu jalan. Gambar kecil: Mohd Hairul Ab Jalil dan isteri, Saadah Ab Hamid. - Sinar Harian

(Ubah saiz teks)

JASIN: Sepasang suami isteri terbunuh selepas kereta yang dinaiki mereka melanggar sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 187 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara di sini, awal pagi Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 pagi itu, mangsa yang terbunuh adalah Mohd Hairul Ab Jalil @ Sakari, 40 dan isteri, Saadah Ab Hamid, 35, yang beralamat di Taman Kempas Permai, Johor Baharu.

Kemalangan dipercayai berlaku selepas kereta Proton Persona dipandu Mohd Hairul terbabas masuk ke lorong kecemasan dan melanggar belakang lori jenis Scania yang mengalami kerosakan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jasin Bistari, PBK II Abu Razak Taat berkata pihaknya sampai ke tempat kejadian jam 6.14 pagi.

"Mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu dan di di tempat duduk hadapan tidak sedarkan diri dan parah di badan.

"Mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira 30 minit kemudian, bagaimanapun kedua-duanya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan. Manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurutnya, sewaktu kejadian keadaan jalan adalah lurus dua hala manakala keadaan cuaca adalah baik bagaimanapun suasana gelap tanpa lampu jalan.

"Siasatan awal mendapati pemandu Persona terbabit dipercayai terbabas ke lorong kecemasan dan melanggar belakang lori yang diletakkan di lorong kecemasan akibat mengalami kerosakkan.

"Pemandu dan isterinya meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala dan badan dan dihantar ke Hospital Jasin untuk bedah siasat," katanya. - Sinar Harian

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan