Dua Beranak Maut Dalam Kemalangan

Diterbitkan: Jumaat, 25 Ogos 2017 8:19 AM

Perlanggaran berlaku menyebabkan kereta Perodua Myvi terbakar dan menyebabkan kedua-dua mangsa gagal diselamatkan. - Sinar Harian

(Ubah saiz teks)

BATU PAHAT: Dua beranak maut setelah terlibat dalam satu kejadian kemalangan yang membabitkan empat kenderaan di Kilometer 9, Jalan Kluang, pada jam 8.30 malam Khamis.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, kemalangan berkenaan membabitkan mangsa, Mohd Irwan Shah Mohd Yusop, 36, dan anaknya Nur Shahzanani Munirah, 17, yang menaiki kereta Perodua Myvi maut.

Katanya, daripada siasatan awal pihak polis mendapati kereta berkenaan yang menuju ke arah Batu Pahat itu hilang kawalan dan terlanggar penghadang jalan di bahagian tengah, sebelum memasuki lorong sebelah kanannya.

"Pada masa yang sama datang sebuah kereta jenis Ford Fiesta dari arah bertentangan merempuh kereta yang dinaiki mangsa, sebelum datang dua buah lagi kenderaan iaitu Honda Civic dan Proton Satria yang melanggar bahagian belakang serta serpihan kereta di hadapan.

"Akibat perlanggaran berkenaan kereta Perodua Myvi itu terbakar dan mengakibatkan kedua-dua mangsa gagal diselamatkan, dan seorang lagi mangsa dalam kereta Ford Fiesta kini dirawat di hospital kerana mengalami kecederaan parah," katanya.

Tambahnya lagi, kedua-dua mangsa kini dibawa ke Unit Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk dokumentasi dan proses bedah siasat.

Katanya, kes yang disiasat di bawah Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987 ini masih dalam siasatan lanjut. - Sinar Harian

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan