Bekas SB Hilang Ditemui Selamat

Diterbitkan: Khamis, 24 Ogos 2017 5:18 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Seorang bekas anggota polis Cawangan Khas dilaporkan hilang lebih 24 jam selepas menghantar isterinya di Hospital Luyang, ditemui selamat.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata Andrew Wong Hin Kok ditemui di Kg Sugud, Penampang kira-kira 20 kilometer dari Hospital Luyang.

"Dia selamat tetapi keadaannya lemah," katanya.

Andrew dilaporkan hilang oleh anak perempuannya, Catherine selepas gagal dikesan pada Rabu.

Lelaki berusia 77 tahun itu memandu keretanya ke Hospital Luyang di sini dan menurunkan isterinya di pintu masuk ruang pesakit luar kira-kira pukul 10.30 pagi Rabu.

Dia kemudiannya mencari tempat letak kereta dan itulah lokasi terakhir dia dilihat.

Isteri Andrew menghubungi anak perempuannya kira-kira pukul 2.40 petang untuk mengambilnya di hospital kerana suaminya gagal dikesan.

Mereka kemudiannya mencari Andrew dan memaklumkan berita mengenai kehilangannya di media sosial.

Ketika dihubungi kira-kira pukul 3.30 petang Khamis, Catherine berkata bapanya dibawa ke ibu pejabat Kota Kinabalu di Karamunsing di sini.

"Apa yang saya tahu dia selamat, terima kasih Tuhan," katanya.

Tags / Kata Kunci: SB , hilang

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan