Polis P.Pinang Bongkar Makmal Proses Dadah, Tahan Suami Isteri

Diterbitkan: Rabu, 23 Ogos 2017 5:00 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang membongkar sebuah makmal memproses dadah selepas menahan sepasang suami isteri dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM245,300 dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Perai, dekat sini Isnin lepas.

Lelaki itu yang merupakan seorang kontraktor berusia 31 tahun dan isterinya seorang rakyat Vietnam berusia 27 tahun ditahan di tempat letak kenderaan pangsapuri tersebut pada  4.55 petang.

“Polis merampas 10 bungkus heroin dengan berat 4,533 gram yang dibawa wanita itu,” kata Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Chuah Ghee Lye pada sidang akhbar di sini, Rabu.

Beliau berkata susulan penahanan pasangan itu, polis menyerbu unit pangsapuri yang disewa mereka dan mendapati ia dijadikan sebagai makmal memproses dadah serta merampas 5,341 gram heroin; 7,897 kafein; 4.15 gram heroin base; serta pelbagai peralatan untuk menghasilkan heroin antaranya ketuhar, periuk serta cecair bahan kimia.

Beliau berkata pasangan itu mempunyai kepakaran untuk memproses heroin dan mereka dipercayai terlibat dalam kegiatan tersebut sejak setahun lepas selain berpindah-randah setiap bulan.

Chuah berkata pasangan itu memperoleh bahan untuk menghasilkan dadah daripada rangkaian sindiket sebelum memprosesnya sendiri dan menjualnya di sekitar di Pulau Pinang.

Selain itu, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM7,175 serta dua kereta mewah iaitu Audi dan BMW.

Lelaki yang positif dadah dan mempunyai 14 rekod berkaitan dadah dan jenayah itu serta isterinya direman sehingga 28 Ogos bagi membantu siasatan, katanya.

Dalam perkembangan lain, Chuah berkata polis menahan seorang lelaki berusia 23 tahun yang disyaki terlibat dalam kes samun kakak ipar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam serbuan di sebuah rumah di Relau di sini, Isnin lepas.

Dalam kejadian 8.15 malam 7 Ogos lepas, suspek yang bertopi keledar memecahkan cermin bahagian penumpang kereta seorang doktor pakar dan melarikan beg milik wanita berusia 51 tahun itu ketika beliau  sedang memakir kereta di anjung rumahnya.

Kejadian itu menyebabkan wanita tersebut mengalami kerugian hampir RM2,000 apabila wang tunai, telefon bimbit dan pelbagai dokumen peribadinya dilarikan.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Ghee Lye , Vietnam

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan