BNM Serbu Lima Premis

Diterbitkan: Rabu, 23 Ogos 2017 2:04 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) menyerbu lima premis yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 (MSBA) dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktviti Haram 2001 (AMLATFA).

Dalam satu kenyataan pada Rabu, bank pusat itu berkata serbuan itu dilakukan di Perak, Pahang dan Negeri Sembilan pada 17 Ogos lepas.

Semasa serbuan, bank negara merampas dokumen, tunai, serta mata wang asing dari premis DJ Travel and Tour Sdn Bhd di Lumut dan Sitiawan, Fathima Warisan Enterprise di Giant Supermarket, Senawang, dan Habeeb Textiles di Kuantan dan Muadzam Shah,' katanya.

Empat pendatang asing tanpa izin yang menjaga premis tersebut juga ditahan oleh Jabatan Imigresen.

BNM berkata, serbuan itu merupakan antara langah berterusan Bank Negara Malaysia untuk membanteras kegatan pertukaran wang dan kiriman wang haram dalam negara.

Ia berkata, mana-mana orang atau syarikat yang menjalankan aktiviti perniagaan perkhidmatan wang, seperti aktiviti pengurupan dan pengiriman wang tanpa lesen, melakukan kesalahan mengikut seksyen 4(1) MSBA dan boleh dikenakan denda tidak lebih RM5 juta atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya.

Individu yang disabitkan kesalahan mengikut seksyen 4(1) AMLATFA boleh dipenjara tidak melebihi 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali jumlah atau nilai perolehan aktiviti atau instrumen yang menyalahi undangundang pada masa kesalahan dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

BNM menasihati orang ramai supaya hanya berurusan dengan pengusaha perniagaan perkhidmatan wang berlesen, yang boleh dikenal pasti menerusi logo rasmi Persatuan Perniagaan Perkhidmatan Wang Malaysia (MAMSB) yang dipamerkan di kaunter.

Senarai pengendali perniagaan perkhidmatan wang berlesen juga disediakan di laman web BNM di www.bnm.gov.my. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan