Tender: SPRM Tahan Dua Pegawai HDC Sarawak, Pengurus Syarikat

Diterbitkan: Khamis, 17 Ogos 2017 5:38 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dua pegawai Perbadanan Perumahan (HDC) Sarawak dan seorang pengurus syarikat ditahan berhubung siasatan  tender mengecat serta membaik pulih yang tidak dilaksanakan kontraktor yang dilantik.

Penahanan melibatkan projek di Miri, Sarawak itu dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam operasi antara pukul 12 tengah hari hingga 1.20 petang Khamis.

Pengurus berusia 49 tahun yang ditahan itu dilantik untuk melaksanakan projek tender yang dibuka pada April 2015 itu.

Selain itu, dua suspek yang juga pegawai HDC itu adalah jurutera dan juruteknik kanan yang masing-masing berusia 39 dan 59 tahun.

Sumber berkata, tender itu telah dibuka HDC Sarawak pada 2015 bagi kerja  mengecat dan membaik pulih 12 unit rumah flat dua tingkat di Miri yang terbakar.

Kata sumber itu, susulan itu sebanyak  10 permohonan diterima daripada sebuah syarikat yang kemudiannya dilantik melalui nilai tawaran harga melebihi RM2 juta.

"Bagaimanapun syarikat itu melantik sebuah lagi syarikat sub kontraktor milik individu lain bagi melaksanakan kerja-kerja mengecat dan membaiki kerosakan 47 blok bangunan.

"Syarikat pada 2016 telah membuat tuntutan pembayaran   berjumlah RM11969 kepada Perbadanan Perumahan Sarawak (HDC) sedangkan kerja-kerja tersebut tidak dilakukan.

"Perakuan Kerja Siap dikeluarkan oleh pihak HDC pada November 2015 sedangkan kerja-kerja mengecat dan membaikpulih sebanyak 12 unit rumah pangsa gagal dilaksanakan," katanya.

Difahamkan, maklumat berhubung kes tersebut diperolehi SPRM menerusi laporan audit negara 2016.

Pengarah Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata kesemua suspek akan direman esok bagi membantu siasatan.


Tags / Kata Kunci: SPRM , HDC

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan