Guru Didakwa Lakukan Seksual Fizikal Pada Murid Sembilan Tahun

Diterbitkan: Khamis, 17 Ogos 2017 2:27 PM

Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Seorang guru lelaki di sebuah sekolah  rendah didakwa di Mahkamah  Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak di sini, Khamis  atas pertuduhan melakukan seksual fizikal terhadap murid lelaki berumur sembilan tahun.

Guru yang berumur 27 tahun itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan seksual fizikal dengan cara memeluk tubuh badan dan mencium murid itu di dalam tandas, di sebuah sekolah di Petaling Jaya, antara jam 12.20 tengah hari hingga 6.30 petang, antara bulan Ogos 2016 hingga 17 Julai 2017.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017  dibaca bersama Seksyen  16 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 25 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Hakim Yong Zarida Sazali membenarkan tertuduh yang diwakili peguam Farhan Read diiikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan dia dilarang mendekati dan menganggu mangsa dan keluarganya sehingga kes selesai.

Mahkamah juga memerintahkan tertuduh melaporkan diri di balai polis berhampiran pada setiap awal bulan serta menyerahkan pasportnya kepada mahkamah dan  menetapkan 25 Sept untuk sebutan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Nordalina Ali tidak menawarkan jaminan atas alasan kesalahan itu serius melibatkan mangsa berumur sembilan tahun.

“Tertuduh adalah guru tempat mangsa bersekolah, jika jaminan dibenarkan dikhuatiri  tertuduh akan menganggu saksi pendakwaan terutama mangsa dan ibu bapanya,” katanya.

Farhan pula memohon supaya mahkamah membenarkan anak guamnya diikat jamin RM10,000 dan ibu bapa tertuduh bersedia untuk membayar jaminan itu.

“Kami tidak pertikaikan ini merupakan satu kesalahan serius, tetapi tertuduh hanya dituduh dan masih belum didapati bersalah, oleh itu mahkamah mempunyai budi bicara untuk membenarkan jaminan. Jumlah RM10,000 adalah memadai,” katanya.

Beliau berkata tertuduh yang  tinggal dengan ibu bapanya menerima gaji RM1,600 sebulan.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan