Kanak-Kanak Maut Disengat 30 Tebuan

Diterbitkan: Khamis, 17 Ogos 2017 8:18 PM

-foto Ihsan keluarga

(Ubah saiz teks)

BESUT: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut disengat kira-kira 30 ekor tebuan berhampiran rumahnya di Kampung Lay Out Tok Has dekat Jertih di sini.

Mangsa, Puteri Nur Aisya Azahar meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu kira-kira 4.30 pagi tadi setelah diserang serangga berkenaan pada 12.45 tengah hari Rabu.

Ibu mangsa, Rubiyah Ismail, 45, memberitahu anaknya diserang tebuan ketika sedang bermain seorang diri berhampiran sebuah kedai makan yang sudah tidak beroperasi berhampiran rumahnya.

“Jeritan anak saya yang kesakitan disengat tebuan telah menyedarkan ayah saya (datuk mangsa) yang sedang berbaring di atas tangga rumah saya,” katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Katanya, ayahnya Ismail Mat Ali, 69, kemudian pergi mendapatkan mangsa yang ketika itu dikerumuni tebuan-tebuan berkenaan dan membawanya lari ke atas rumah.

Rubiyah berkata tindakan ayahnya itu menyebabkan warga emas itu turut disengat kira-kira 10 ekor tebuan sebelum segera mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan Hospital Daerah Besut di sini.

“Anak saya kemudiannya dirujuk ke HSNZ namun pada malam tadi keadaannya semakin tenat apabila doktor memberitahu dia tidak boleh membuang air kecil dan sistem buah pinggangnya tidak berfungsi lagi sebelum meninggal dunia”, katanya.

Jenazah kanak-kanak itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Pasir Akar selepas waktu zohor Khamis.

-Bernama

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan