18 Ditahan Cuba Buat Provokasi Di Majlis PM

Diterbitkan: Khamis, 17 Ogos 2017 4:37 PM

-fotoTHESTAR/AsriAbdulGhani

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Seramai 18 orang termasuk seorang wanita ditahan polis kerana cuba menimbulkan provokasi ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri majlis Kenduri Bersama Rakyat di Politeknik Seberang Perai (PSP), di sini Khamis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata  kesemua mereka berusia 20 hingga 50 tahun termasuk beberapa pemimpin parti politik itu ditahan ketika cuba menimbulkan provokasi dengan memegang kain rentang dan sepanduk.

"Mereka mula berkumpul di perkarangan sebuah stesen minyak di hadapan politeknik itu sejak pukul 8.30 pagi dan cuba menimbulkan provokasi...polis bertindak (menahan) bagi mengelak kejadian tidak diingini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Khamis.

Beliau berkata sehingga pukul 2 petang, kesemua mereka yang ditahan itu masih berada di Ibu Pejabat Polis Daerah SPT untuk didokumentasi sebelum pihaknya mengambil tindakan selanjutnya.

Mereka yang ditahan itu termasuk Ketua Pemuda PKR Pulau Pinang Asrol Sani Abdul Razak dan Anggota Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) Ong Jing Cheng.-Bernama

Tags / Kata Kunci: ACP Nik Ros Azhan , provokasi , Najib Razak

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan