Isa Samad Direman 5 Hari - Berita Jenayah | mStar

Isa Samad Direman 5 Hari

Diterbitkan: Rabu, 16 Ogos 2017 12:22 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad direman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung pembelian hotel di London oleh Felda Investment Corporation (FIC).

Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya, Datuk Zainal Abidin Kamarudin membenarkan permohonan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas pengerusi Felda itu sehingga 20 Ogos ini.

Beliau disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM.

Mohd Isa, 68, tiba di kompleks mahkamah Putrajaya pada pukul 9.08 pagi Rabu.

Pada Selasa, Mohd Isa ditahan pada pukul 4.24 petang di ibu pejabat SPRM selepas beliau dipanggil untuk memberi keterangan berhubung pembelian hotel di London dan Kuching oleh FIC.

Tags / Kata Kunci: Isa Samad , FIC , SPRM
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan