Lima Ditahan Dalam Serbuan Bahagian Anti Keganasan

Diterbitkan: Selasa, 15 Ogos 2017 10:30 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lima lelaki, tiga daripada mereka warga Pakistan, ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) susulan operasi fasa ketiga secara besar-besaran yang diketuai oleh Bahagian Anti Keganasan Bukit Aman di pusat komersial Nilai 3.

Operasi itu yang turut dilakukan di pelbagai lokasi di Lembah Klang dijalankan menjelang Sukan SEA yang akan bermula pada Sabtu.

Difahamkan rakyat Pakistan terbabit, bersama dua rakyat Malaysia, ditahan selepas pihak berkuasa merampas parang dan beberapa keping pasport asing daripada mereka.

"Kami menyiasat semua sudut, termasuk kemungkinan mereka terlibat dalam sindiket pemalsuan pasport," kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Keganasan Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

"Seramai 57 daripadanya ditahan atas kesalahan di bawah Akta Imigresen.

"Lima lagi, rakyat Malaysia, ditahan kerana dipercayai mendapat MyKad secara haram."

Pihak berkuasa menyerbu 742 premis di Nilai 3, yang mana anggota keselamatan dilengkapi dengan pengesan bahan radioaktif.

Ayob berkata Nilai 3 dipilih selepas bahagian itu mendapat malklumat bahawa militan Negara Islam (IS) dari Pakistan dan Afghanistan telah mengubah tempat persembunyiannya di Jalan Masjid India.

"Kami menerima maklumat bahawa militan dari negara-negara ini mempunyai hubungan dengan puak IS di Khorasan, di sempadan Pakistan-Afghanistan," katanya.

IS menubuhkan kubu kuat di Khorasan kira-kira dua tahun yang lalu dan mengisytiharkan 'pengembangan' pemimpin Abu Bakr al-Baghdadi pada tahun 2015.

Operasi ini juga melibatkan Unit Tindakan Khas, Pasukan Gerakan Am, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara dan Interpol.

Tags / Kata Kunci: anti keganasan , Datuk Ayob Khan

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan