Nothing To Hide 2.0: Tiga Suspek Ditahan

Diterbitkan: Isnin, 14 Ogos 2017 9:21 AM

Kekecohan tercetus pada program Nothing To Hide 2.0.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Susulan kekecohan pada Program Nothing To Hide 2.0, tiga suspek lelaki ditahan polis bagi siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, tangkapan di buat orang awam dan diserahkan kepada polis.

"Dua daripada mereka ini memakai baju merah mempunyai lambang Armada dan seorang memakai baju hitam.

"Mereka ini berusia antara 17 hingga 19 tahun. Dua daripada mereka adalah pelajar kolej swasta di Shah Alam manakala seorang lagi penganggur," katanya ketika ditemui media selepas melawat lokasi kejadian, Ahad.

Beliau memaklumkan, sehingga Ahad malam tidak ada sebarang laporan polis dibuat oleh mana-mana berhubung insiden tersebut.

Shafien berkata, pihaknya akan melakukan siasatan dalam semua aspek kerana penganjur telah melanggar perjanjian.

"Semalam kita panggil penganjur untuk bertemu polis dan beri syarat iaitu mesti memastikan keselamatan terjamin. Sekarang lihat apa yang berlaku.

"Kita akan panggil penganjur lagi untuk teruskan siasatan. Sebelum pun ini kita ada terima permohonan memaklumkan daripada penganjur bahawa program akan diadakan pada hari ini," katanya.

Ditanya berapakah jumlah anggota yang ditugaskan pada program tersebut, Shafien berkata, seramai tujuh pegawai dan 35 anggota telah tempatkan di lokasi tersebut.

Justeru, beliau meminta semua pihak agar memberi ruang kepada polis bagi melakukan siasatan dan tidak membuat sebarang spekulasi.

"Ini siasatan awal, sila bagi ruang untuk polis lalukan siasatan," katanya. - Sinar Harian

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan