Pelajar Dipukul Pemandu Grabcar - Berita Jenayah | mStar

Pelajar Dipukul Pemandu Grabcar

Diterbitkan: Ahad, 13 Ogos 2017 3:18 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar tingkatan lima cedera dipercayai dipukul pemandu Grab Car yang dipesannya dari pusat beli-belah Times Square di sini untuk pulang ke rumahnya di Puchong petang Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata pelajar wanita berusia 17 tahun itu mengalami patah hidung akibat dipukul suspek lelaki yang berpunca daripada salah faham.

"Pemandu lelaki berusia 30 tahun itu telah ditahan polis pada 2.30 pagi tadi untuk membantu siasatan," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Fadzil berkata suspek ditahan reman selama empat hari mulai hari ini sehingga Rabu depan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. - Bernama


Tags / Kata Kunci: GrabCar

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan