Seorang Maut, Dua Parah Nahas Lori Tangki Terbalik

Diterbitkan: Sabtu, 12 Ogos 2017 12:03 PM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Seorang pemandu lori tangki yang membawa muatan asid kimia maut, manakala dua parah dalam kemalangan antara sebuah lori dan sebuah kereta, awal pagi Sabtu.

Penolong Pengarah (Operasi) Bomba dan Penyelamat negeri Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata kemalangan pada 3 pagi di KM251.6 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran tol Senawang itu mengakibatkan lori tangki berkenaan terbalik.

"Mangsa, Surazru Mohamed Sakeri, 37, maut di tempat kejadian manakala dua wanita berusia lingkungan 30an yang menaiki kereta Toyota Vios cedera parah.

"Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat dan rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Ahmad Mukhlis berkata pihaknya menerima panggilan pada 3 pagi dan tiba di lokasi kejadian 14 minit kemudian.

"Seramai 20 anggota dari Balai Bomba Senawang, Seremban 2 dan Rembau termasuk pasukan hazmat dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Pada masa ini kerja-kerja pembersihan masih dilakukan dan setakat ini trafik sesak hingga empat kilometer menghala ke selatan," katanya.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Senawang , Sarazru

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan