Exco Pulau Pinang Ditahan SPRM

Diterbitkan: Jumaat, 11 Ogos 2017 6:11 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGETOWN: Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang kira-kira pukul 3 petang Jumaat.

Beliau yang juga Adun Sungai Puyu ditahan ketika sedang memberi keterangan berhubung isu sebuah kilang haram memproses abu kayu ri Kampung Sungai Lembu, Permatang Pauh yang diserbu semalam.

Peguamnya, RSN Rayer ketika ditemui di luar Kompleks SPRM Pulau Pinang di Jalan Sultan Ahmad Shah tadi berkata, selepas pegawai SPRM merampas beberapa dokumen di pejabat Boon Poh di Komtar pagi Jumaat, anak guamnya diarahkan hadir ke Pejabat SPRM untuk diambil keterangan.

"Ketika diambil keterangan, SPRM Pulau Pinang menerima arahan dari Putrajaya agar menahan Boon Poh untuk siasatan lanjut. Beliau akan direman di mahkamah esok (Sabtu) kira-kira pukul 9 pagi.

"Saya ada memohon agar beliau dilepaskan (hari ini), namun SPRM masih mempertimbangkan hal itu," katanya.

Pada Jumaat, sepasukan pegawai SPRM menyerbu pejabat Boon Poh di tingkat 54, Komtar kira-kira jam 11.30 pagi.

Lima pegawai SPRM yang berpakaian formal dilihat meninggalkan Komtar kira-kira 12.55 tengahari dengan membawa dua buah beg dipercayai dokumen berkaitan kilang haram tersebut.

Dipercayai, serbuan dan penahanan Boon Poh itu ada hubung kait dengan serbuan SPRM di sebuah kilang haram memproses abu kayu yang dipercayai telah beroperasi lebih 10 tahun lalu di Kampung Sungai Lembu, Permatang Pauh kelmarin.

Operasi yang diadakan bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) itu dilakukan selepas mendapat aduan daripada penduduk setempat mengenai pencemaran alam sekitar yang berlaku daripada aktiviti membakar abu kayu di kilang itu.

Kilang haram itu didapati beroperasi tanpa permit sah di atas tanah berstatus tanah pertanian.-Sinar Harian

Tags / Kata Kunci: Phee Boon Poh , SPRM

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan