Polis Tahan Remaja Rogol Adik Sendiri

Diterbitkan: Rabu, 9 Ogos 2017 5:17 PM

Bapa mangsa mengetahui kejadian tersebut selepas menyedari terdapat perubahan pada tubuh badan anak perempuannya . - Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Polis menahan remaja berusia 16 tahun kerana didakwa merogol adik perempuannya sejak Oktober tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussoff berkata, polis menerima laporan daripada ayah mangsa pada Isnin.

"Bapa mereka menyedari terdapat perubahan pada bahagian perut anak perempuannya yang berusia 13 tahun.

"Ketika itulah mangsa memaklumkan kepada si bapa mengenai kelakuan abangnya," kata Ahmad Dzaffir.

Mangsa dikatakan hamil tujuh bulan dan sudah dirujuk ke Hospital Kajang.

Manakala, suspek pula direman sehingga Ahad.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan