Skim Cepat Kaya: Datuk Seri, Datuk Ditahan

Diterbitkan: Selasa, 8 Ogos 2017 6:52 PM

Mazlan (dua, kanan) menunjukkan sebahagian wang dan barang yang dirampas. Foto SAM THAM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Polis Selangor menahan dua ahli perniagaan bergelar 'datuk seri' dan 'datuk' di Kuala Lumpur pada Khamis lalu kerana dipercayai mendalangi kegiatan penipuan skim pelaburan cepat kaya 'Bookcoins' membabitkan kerugian RM2.1 juta.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, kedua-dua lelaki masing-masing berumur 40 dan 45 tahun itu ditahan kira-kira 11 pagi, selepas pihaknya membuat serbuan di dua buah rumah mewah di kawasan Desa Park City, Kuala Lumpur.

Menurutnya, tangkapan itu adalah hasil empat laporan polis yang dibuat awal bulan ini berhubung kegiatan penipuan skim pelaburan itu yang dikenalpasti bergiat aktif sejak pertengahan 2016.

"Siasatan polis mendapati mangsa telah diperdaya untuk menyertai Bookcoins dengan dijanjikan pulangan keuntungan sebanyak satu peratus setiap hari sehingga mencapai 30 peratus sebulan dari jumlah wang yang telah dilaburkan," katanya.

Mazlan berkata, dua kereta mewah milik suspek turut dirampas selain merampas beberapa barang seperti 35 buah beg tangan dan 17 jam berjenama, 26 buku cek pelbagai akaun serta 16 keping silver bar (coin).

Beliau menambah, hasil serbuan di dua buah rumah itu, pihaknya merampas wang tunai berjumlah RM1.06 juta termasuk beberapa mata wang asing.

Katanya, empat laporan polis dibuat pada awal bulan ini.

Siasatan awal mendapati, seramai 200 orang telah menyertai skim pelaburan tersebut.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan