'Datuk Seri' Akan Direman Didakwa Serang Pasangan

Diterbitkan: Selasa, 8 Ogos 2017 11:08 PM

Kang Wei (kiri) menunjukkan gambarnya semasa koma manakala Sook Kuan (kanan) memegang serpihan gelas yang tertinggal di beg tangannya susulan insiden baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

KLANG: Seorang lelaki bergelar 'Datuk Seri' yang didakwa menyerang satu pasangan di sebuah bar di Bandar Baru Klang kerana terlalu bising akan direman pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan berkata, lelaki berusia 42 tahun itu tampil menyerah diri di ibu pejabat di sini.

Beliau menambah, suspek kini dalam tahanan polis.

"Kita menyiasat diabagi mengenal pasti adakah terdapat orang lain terlibat dalam insiden itu," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Dilaporkan pada Sabtu bahawa Thoo Kang Wei, 33, menerima lebih 60 jahitan di bahagian kepala dan muka manakala teman wanitanya Chong Sook Kuan, 31, mengalami luka di muka berikutan insiden pada Isnin minggu lalu yang menyaksikan suspek dan rakannya melemparkan gelas ke arah mereka.

Kang Wei mendakwa dia minum dan bermain permainan kad bersama Sook Kuan serta dua rakan lain di bar pada pukul 9 malam apabila didatangi beberapa lelaki dan memberitahu mereka membuat bising.

Walaupun telah memohon maaf, kumpulan itu didakwa terus mengganggu mereka sehingga pergaduhan berlaku.

Mereka dilemparkan dengan gelas semasa meninggalkan kawasan itu.

"Kami akan memfailkan perintah reman esok terhadap suspek untuk membantu siasatan. Lebih banyak penahanan akan dibuat tidak lama lagi," kata Mazelan.

Beliau menambah, kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan