Empat Lelaki Pukul Remaja Ditahan - Berita Jenayah | mStar

Empat Lelaki Pukul Remaja Ditahan

Diterbitkan: Ahad, 6 Ogos 2017 2:48 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Empat lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes pukul seorang remaja lelaki di pusat komputer Khamis lepas ditahan sekitar Lembah Klang, di sini, Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Rusdi Mohd Isa berkata  kesemua suspek berusia  antara 20 dan 24 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana  mendatangkan kecederaan.

“Siasatan masih dijalankan. Kami sedang mengesan beberapa lagi individu yang terlibat dalam kes itu  bagi membantu siasatan,” katanya di sini, Ahad.

Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, mangsa berusia 21 tahun yang sedang bermain komputer telah dipukul beramai-ramai menggunakan pelbagai senjata seperti pedang dan alat pemadam api di sebuah pusat komputer di Setiawangsa, di sini.

Mangsa yang cedera parah pada badan menerima tujuh jahitan pada kepala dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Berdasarkan rakaman video berdurasi 20 saat yang tular dalam laman sosial, suspek  turut dilihat cuba mengacukan objek dipercayai pistol ke arah mangsa.

Rakaman tersebut turut menunjukkan mangsa diheret ke depan pintu pusat komputer itu dan tidak  mendapat sebarang bantuan daripada pengunjung lain. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: kes pukul , PDRM
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan