Editor Akhbar Cedera Dipukul - Berita Jenayah | mStar

Editor Akhbar Cedera Dipukul

Diterbitkan: Ahad, 6 Ogos 2017 4:24 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Seorang editor sebuah akhbar tempatan cedera dipercayai diserang seorang penunggang motosikal di sebuah stesen minyak di Luyang dekat sini Sabtu.

Ketua Polis Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata lelaki berumur 65 tahun itu cedera di bahagian muka dengan matanya lebam selain rahang dan pipi kirinya bengkak apabila penunggang motosikal itu memukulnya menggunakan topi keledar selepas mangsa mengajukan pertanyaan kenapa suspek mengekorinya.

Suspek mengekori mangsa pada kira-kira 2.45 petang selepas lelaki itu berbual-bual dengan rakannya di Lido dekat sini.

Oleh kerana tidak puas hati, mangsa singgah di stesen minyak berkenaan dan keluar dari kereta untuk bertanya dalam bahasa Cina kenapa penunggang motosikal itu mengekorinya.

“Suspek (penunggang motosikal) tidak berkata apa-apa dan terus membuka topi keledar dan menghayunkannya ke arah muka mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini Ahad.

Chandra berkata mangsa terus pengsan dan tidak sedarkan diri sehingga berada di Hospital Queen Elizabeth 1 di sini.

“Mangsa sekarang dalam keadaan stabil, namun terpaksa ditahan di wad hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.

Chandra berkata mangsa tidak tahu punca dia dipukul. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: editor , cedera
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan