Sebar Maklumat Palsu, Lapan Ditahan

Diterbitkan: Sabtu, 5 Ogos 2017 7:17 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Polis Kelantan menahan lapan individu berkaitan penyebaran maklumat palsu mengikut kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sejak Januari lepas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata mereka merangkumi pelbagai kategori umur dan sudah diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan.

Beliau berkata kesemua kes berkenaan telah dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) manakala polis Kelantan turut menjalankan siasatan rapi.

"Kita berharap orang ramai lebih bijak dan meneliti maklumat yang diperoleh sebelum menyebar atau berkongsinya melalui media sosial, " katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Hari Hijau Polis Diraja Malaysia (PDRM) Peringkat Kontinjen Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan pada Sabtu.

Mengenai Program Hijau IPK Kelantan, Hasanuddin berkata kira-kira 600 pegawai dan anggota terlibat dalam aktiviti menanam pokok dan gotong-royong di sekitar ibu pejabat berkenaan.Antara yang ditanam ialah 12 pokok bunga jenis ‘tecoma' bagi mengindahkan lagi landskap IPK Kelantan.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Sebar maklumat palsu

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan