Bauksit: SPRM Tahan Kakitangan PTG, Pegawai Kastam

Diterbitkan: Rabu, 2 Ogos 2017 7:23 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melancarkan operasi besar-besaran sekali gus menahan seramai sepuluh individu kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan perlombongan bauksit secara haram di daerah tersebut pada Rabu.

Kesemua suspek terdiri daripada sembilan kakitangan Pejabat Tanah Dan Galian (PTG) Pahang dan seorang pegawai kanan Kastam.

Dalam tangkapan pertama, SPRM telah menahan pegawai kanan Kastam berusia 56 tahun terbabit di sebuah lokasi di Kuantan pada pukul 12.15 tengah malam dan suspek direman selama tujuh hari bermula Rabu.

Perintah tahanan reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman di Mahkamah Majistret Kuantan pagi Rabu.

Sementara itu, sembilan lagi kakitangan PTG Pahang yang berusia antara 29 hingga 59 tahun itu pula ditahan di sekitar Kuantan kira-kira pukul 3.30 hingga 3.45 petang ini.

SPRM turut menyerbu Pejabat Tanah Dan Galian (PTG) Pahang, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja serta Pelabuhan Kuantan bagi merampas beberapa dokumen berkaitan.

Selain itu, SPRM telah menahan 18 buah lori yang sedang mengangkut bauksit dari lombong-lombong haram di sekitar Bukit Goh dan Bukit Sagu tengah malam semalam.

Operasi tersebut dilancarkan susulan SPRM mendapati aktiviti perlombongan secara haram masih berlaku walaupun kerajaan negeri telah mengarahkan agar tempoh moratarium dilanjutkan.

Pengarah Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Sri Ahmad Khusairi Yahya ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata pihak telah memantau kegiatan sindiket ini sejak beberapa bulan yang lalu.

"Selepas mengumpul maklumat-maklumat hasil risikan pegawai, kami telah melancarkan operasi sejak malam semalam," ujar beliau.

Tags / Kata Kunci: SPRM

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan