Penerbit 988 FM Maut Nahas Di LDP

Diterbitkan: Selasa, 1 Ogos 2017 9:59 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penerbit radio 988 FM maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).

Tai Hwan Perng, 47 meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan dalaman di KM7.6 lebuh raya berkenaan arah Puchong kira-kira jam 3 petang, Isnin.

Dipercayai Hwan Perng gagal mengawal kenderaannya mengakibatkan dia melanggar motosikal dan sebuah bas yang melalui kawasan itu.

Kesan hentaman yang kuat juga telah menyebabkan bonet keretannya rosak teruk.

Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal terlibat mengalami kecederaan ringan pada tangan dan kaki.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Assisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk dibedah siasat.

Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai memandu secara cuai hingga mengakibatkan kematian.

Tags / Kata Kunci: Tai , 988 FM

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan