Hasrat Dua Beradik Lawat Bapa Tidak Kesampaian

Diterbitkan: Selasa, 1 Ogos 2017 10:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Hasrat dua bersaudara dari Kuala Lumpur untuk melawat bapa mereka di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini bertukar tragedi.

Simrandeep Kaur, 25, dan Gurvider Singh, 23, maut ketika  dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Lebuhraya Utara-Selatan pada awal pagi Isnin.

Kejadian yang berlaku di Kilometer 290.5 laluan arah utara, dipercayai berlaku pada jam 3 pagi, apabila Perodua Axia yang dipandu Gurvider hilang kawalan berdekatan Pusat Transformasi Luar Bandar (UTC), Gopeng.

Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Deputi Superitendan Mohd Mahiri Hussin, Gurvider dipercayai gagal mengawal keretanya dan melanggar belakang Perodua Myvi, sebelum merempuh treler yang diparkir di bahu jalan.

Simrandeep dan Gurvider maut di tempat kejadian, manakala pemandu serta penumpang dalam dua kenderaan lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Ketika kemalangan, jalan dan cuaca dalam keadaan baik. Kawasan lebuhraya juga kelihatan cerah,” kata Mohd Mahiri.

Tambahnya, kejadian itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan kerana kecuaian memandu.

Rakan Gurvider berkata, dia sangat terkejut mendengar berita itu dan tidak dapat membayangkan kesedihan yang dihadapi keluarganya.

“Gurvider anak yang baik. Dia juga rajin berusaha dan menjalankan perniagaan sambil belajar," katanya.

Tags / Kata Kunci: UTC , Gurvider

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan