Budak 7 Tahun Didakwa Rogol?

Diterbitkan: Khamis, 27 Julai 2017 9:37 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Sukar untuk dipercayai tetapi satu laporan polis dibuat terhadap seorang murid Tahun Satu di sini kerana didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun.

Laporan yang dibuat di balai polis di sini menimbulkan kebingungan dalam kalangan anggota.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim mengarahkan pegawainya untuk meneliti kes tersebut dengan penuh cermat kerana siasatan membabitkan dua kanak-kanak.

Anak patung digunakan pihak polis semasa proses siasatan untuk merakamkan keterangan budak lelaki tersebut dan mangsa.

Kamaluddin ketika dihubungi berkata, laporan dibuat oleh ibu mangsa berusia 30 tahun pada 20 Julai lalu, masih disiasat.

"Kita hampir menyelesaikan siasatan," katanya pada Rabu.

Ibu mangsa yang merupakan ibu tunggal membuat laporan polis selepas anak perempuannya mengadu sakit selepas pulang dari rumah pengasuh pada malam 19 Julai lalu.

Kebiasaannya, anaknya akan berada di rumah pengasuh berhampiran tadika sehingga diambil ibunya selepas waktu kerja.

Ibu mangsa mendapati terdapat kesan merah di bahagian kemaluan anak perempuannya sebelum membuat laporan polis keesokkan hari.

Mangsa memberitahu ibunya bahawa "pipit" kepunyaan "abang" (anak lelaki pengasuh) menyebabkan kesakitan tersebut.

Kanak-kanak perempuan itu turut mendakwa budak lelaki berkenaan memasukkan jarinya ke dalam kemaluannya semasa tiada pengawasan orang dewasa.

Susulan laporan polis yang dibuat, polis memanggil ibu bapa kepada murid lelaki itu ke balai polis sebagai sebahagian daripada proses siasatan.

Laporan itu secara awal disiasat di bawah Akta Kesalahan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Mangsa dimasukkan ke Hospital Melaka pada hari yang sama laporan polis dibuat, dan laporan perubatan mendedahkan terdapat kesan koyak pada selaput dara.

Seorang doktor dari Jasin, Dr M. Jegamurugan berkata, terdapat kemungkinan bahawa murid lelaki berusia tujuh tahun itu mengalami ereksi.

Beliau yang berkhidmat dengan pakar urologi menemui kes kanak-kanak lelaki yang mengalami ereksi pada usia muda walaupun mereka tidak boleh ejakulasi sehingga mencapai akil baligh.

"Penetrasi yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak lelaki amat jarang berlaku, walaupun terdapat kes seumpama itu, kebanyakannya disebabkan faktor didikan dan persekitaran," katanya, sambil menambah bahawa sekiranya seorang kanak-kanak mengalami ereksi, ia akan hanya bertahan untuk seketika dan tidak sampai ke tahap penetrasi.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan