SPRM Tahan Pegawai JAS Johor

Diterbitkan: Selasa, 25 Julai 2017 9:12 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah daripada syarikat penyedia loji pengurusan alam sekitar (EMP).

Penahanan dibuat kira-kira pukul 4 petang di  pejabat SPRM Johor di sini.

Suspek berumur 40 tahun berjawatan Pegawai Kawalan Alam Sekitar Kanan dan merupakan Ketua Bahagian Pembangunan dan juga Ketua Unit Penguatkuasaan Kajian Impak Alam Sekitar (EIA) JAS, Johor Bahru.

Siasatan awalan mendapati wujud kemasukan wang rasuah RM4,000 ke dalam akaun syarikat milik suspek daripada sebuah syarikat yang menyediakan EIA, EMP, Laporan Pemantauan Alam Sekitar (EMR) dan kerja-kerja audit berkaitan alam sekitar pada pada 1 Dis 2016.

Wang rasuah berkenaan dibayar kepada suspek kerana meluluskan EMP yang disediakan oleh syarikat berkenaan untuk syarikat pemaju melibatkan projek di Mukim Pulai, Johor.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000.00 atau lima kali ganda nilai suapan atau mana-mana yang lebih tinggi.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata SPRM dijangka membawa suspek ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, esok, untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan.-Bernama

Tags / Kata Kunci: SPRM

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan