Suspek Tendang Perut Wanita Dalam Pantang Ditahan

Diterbitkan: Isnin, 24 Julai 2017 10:24 PM

Salinan paparan perkongsian yang tular di Facebook.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Polis menahan dua lelaki berhubung insiden seorang wanita yang baharu sahaja bersalin ditendang di perutnya dalam satu pertengkaran.

Video insiden itu menjadi viral pada Sabtu dan mendapat perkongsian lebih 9,000 kali di Facebook.

Dalam video itu, wanita tersebut bersemuka dengan sekumpulan remaja yang membuat bising di hadapan rumahnya di PPR Seksyen 8, Kota Damansara dekat sini.

Mangsa menasihati remaja terbabit supaya beredar kerana bunyi bising itu mengganggu bayinya yang sedang tidur.

Namun, mereka tidak mengendahkan nasihat mangsa dan berlakunya pertengkaran.

Salah seorang suspek dilihat menendang perut wanita itu.

Posting itu turut disertakan bersama sekeping salinan laporan polis yang dibuat mangsa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya,  Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata dua lelaki masing-masing berusia awal 30-an ditahan pada Isnin.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Wanita yang masih dalam pantang itu dimasukkan ke hospital kerana mengalami pendarahan.


Tags / Kata Kunci: wanita berpantang

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan