FIC: Pengurusan Kanan Dua Syarikat Direman Enam Hari

Diterbitkan: Sabtu, 22 Julai 2017 12:21 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Dua pegawai pengurusan kanan syarikat berasingan direman enam hari bermula hari ini (Sabtu) bagi membantu siasatan kes pembelian sebuah hotel empat bintang di Kingston, London oleh Felda Investment Corporation (FIC).

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan lelaki itu direman selepas mendengar permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kedua-dua lelaki berumur 36 dan 45 tahun yang merupakan ketua unit harta sebuah syarikat perkhidmatan pos dan pengarah sebuah syarikat perundingan aset disyaki terbabit dalam penilaian harta dan harga bagi pembelian hotel berkenaan.

Mereka ditahan di ibu pejabat SPRM di sini kira-kira 1 tengah hari Jumaat selepas hadir memberi keterangan mengenai pembelian hartanah itu di antara 2013 dan 2015.

Terdahulu, kedua-dua lelaki terbabit yang memakai pakaian lokap berwarna jingga tiba di perkarangan mahkmah pada 9.40 pagi dengan diiringi pegawai SPRM.

 -Bernama
Tags / Kata Kunci: FIC , SPRM , reman

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan