Skandal FIC: Dua Ditahan

Diterbitkan: Jumaat, 21 Julai 2017 4:32 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dua individu termasuk seorang pengarah syarikat perundingan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam kes pembelian sebuah hotel di London oleh Felda Investment Cooperation (FIC).

Pengarah berusia 45 tahun itu ditahan bersama ketua unit harta syarikat perkhidmatan pos berusia 36 tahun di pejabat SPRM kira-kira pukul 1 tengah hari Jumaat ketika hadir untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Ketika pembelian dibuat antara 2013 dan 2015, kedua-dua suspek masing-masing merupakan ketua penasihat korporat dan pengarah syarikat Raine and Horne. 

Berdasarkan siasatan, kedua-dua suspek disyaki memanipulasi harga hotel tersebut sehingga FIC telah membayar lebih puluhan jutaan ringgit.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Beliau berkata, kedua-duanya dijangka dihadapkan ke Mahkamah Putrajaya pada Sabtu untuk permohonan reman bagi membantu siasatan SPRM.

SPRM tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi akan dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan susulan tangkapan pada Jumaat.

Setakat ini, pasukan penyiasat telah merakam percakapan seramai 11 saksi berhubung siasatan tersebut.

Selasa lalu, SPRM mengambil keterangan daripada empat individu iaitu Pengarah FIC, Datuk Nik Az­man Mohamed Zain; Ke­tua Bahagian Undang-undang dan Setiausaha FIC, Siti Salwani Mo­hd Salleh; Pembantu Pengurus Bahagian Perancangan Stra­tegik, Khairul Azhar Radzi dan Pengurus Pejabat Ketua Pe­ngarah Eksekutif, Mohd Farez Helmi.

SPRM telah membuka kertas siasatan berhubung pembelian hotel oleh FIC, dipercayai harga yang dibayar jauh lebih tinggi berbanding harga asal hingga menyebabkan anak syarikat Felda itu mengalami kerugian jutaan ringgit.

FIC dilaporkan membeli sebuah hotel empat bintang di Kensington, London bernilai RM330 juta pada 16 Disember 2014.

Tags / Kata Kunci: SPRM , FIC

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan