Budak 13 Tahun Racun Rakan Sekelas

Diterbitkan: Jumaat, 21 Julai 2017 2:23 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Polis Sarawak menahan pelajar Tingkatan Satu kerana disyaki meracuni rakan sekelasnya dengan memasukkan racun lipan pada makanan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, pelajar itu ditahan di kediamannya di Sri Aman pada pukul 2.30 pagi Jumaat.

Katanya, kejadian meracun rakan sekelasnnya itu didakwa berlaku di sebuah sekolah di Sri Aman pada tengah hari Khamis.

"Kami telah menahan budak lelaki berusia 13 tahun dan merampas sekotak racun lipas," katanya.

Dev menambah, pihaknya masih menyiasat motif kejadian dan mengklasifikasikan kes itu mengikut Seksyen 328 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dengan meracun.

Beliau b erkata, mangsa yang juga berusia 13 tahun dikejarkan ke Hospital Sri Aman oleh kakitangan sekolah berkenaan selepas mulai muntah hanya beberapa minit selepas menjamah makanan yang diberi suspek.

Kata Dev, bapa mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Sri Aman selepas seorang guru memaklumkan mengenai tindakan budak lelaki itu meracun anaknya.

"Siasatan awal mendapati suspek membawa bekas berisi mi dan memberinya kepada mangsa, sebalum mangsa mulai muntah dan dibawa ke hospital," katanya sambil menambah mangsa masih menerima rawatan di hospital berkenaan.

Dev berkata, susulan kejadian itu, suspek yang panik telah lari meninggalkan sekolah sebelum ditahan polis di kediamannya.

Tags / Kata Kunci: Sri Aman , Dev Kumar

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan