Budak Maut Disyaki Didera

Diterbitkan: Jumaat, 21 Julai 2017 2:36 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang budak perempuan berusia dua tahun dari Kuala Bikam di Bidor maut disyaki akibat didera.

Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata, kanak-kanak itu meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi, Rabu ketika dibawa ke Hospital Teluk Intan.

"Hasil bedah siasat mendapati dia meninggal dunia kerana pendarahan otak kerana hentakan objek tumpul.

"Polis menahan ibu kanak-kanak perempuan itu dan teman lelakinya pada Khamis," katanya pada Jumaat.

Beliau berkata, suspek akan direman untuk tempoh seminggu.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 kerana membunuh , yang membawa hukuman mati mandatori, jika bersabit kesalahan.


Tags / Kata Kunci: Kuala Bikam , Hospital Teluk Intan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan