Sindiket Pemerdagangan Manusia Tumpas

Diterbitkan: Khamis, 20 Julai 2017 8:50 PM

Pegawai Imigresen memeriksa dokumen warga Bangladesh yang menjadi mangsa sindiket pemerdagangan orang selepas diselamatkan di sebuah premis kediaman di Ampang pada Khamis. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyelamatkan 14 rakyat Bangladesh selepas menumpaskan sindiket pemerdagangan orang dalam satu serbuan di sebuah premis kediaman di Ampang, Selangor pada Khamis. 

Dalam serbuan kira-kira 5 pagi itu hasil maklumat awam dan risikan, jabatan berkenaan menahan tiga lelaki warganegara Bangladesh yang disyaki ejen yang menguruskan ketibaan mangsa dan mengawal premis berkenaan.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Seri Mustafar Ali berkata dalam serbuan itu, pihaknya turut menemukan 20 telefon bimbit milik mangsa yang dikumpulkan di dalam sebuah bilik serta wang tunai berjumlah RM28,500 yang disimpan oleh seorang anggota sindiket. 

"Semasa serbuan dilakukan, premis berkenaan dikunci dari luar bagi tujuan mengaburi pihak berkuasa. Pasukan operasi terpaksa memecahkan pintu utama untuk masuk ke dalam premis berkenaan. 

"Setelah berjaya memasuki premis berkenaan, pasukan melakukan pemeriksaan dan mendapati kesemua mangsa ditempatkan di dalam dua bilik dengan keadaan berhimpit dan sesak," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Serbuan itu dilakukan sepasukan pegawai dari Bahagian Perisikan Operasi Khas dan Analisis yang turut dibantu pegawai Bahagian Operasi Siasatan dan Pendakwaan Ibu Pejabat JIM Putrajaya.

Mustafar berkata, modus operadi sindiket itu adalah mengumpul semua mangsa di dalam premis berkenaan sebelum mereka dijual kepada majikan yang sanggup mengambil mangsa untuk bekerja dengan membuat bayaran berdasarkan harga yang ditetapkan sindiket. 

Beliau berkata, sindiket itu dipercayai sudah lama menjalankan kegiatan berkenaan berdasarkan kepada modus operandi yang digunakan selain disyaki mempunyai kaitan dengan sindiket penyeludupan migran yang berjaya ditumpaskan pada Disember tahun lepas. 

"JIM akan terus memburu dalang-dalang atau mereka yang bersekongkol dalam kegiatan pemerdagangan orang dan penyeludupan migran. 

"JIM  yakin usaha ini merupakan langkah proaktif dalam membanteras sebarang bentuk kegiatan penyeludupan migran di dalam negara ini dan seterusnya membanteras jenayah rentas sempadan," katanya. 

Mustafar yakin penangkapan itu akan membawa kepada penemuan rangkaian-rangkaian sindiket lain yang bergerak aktif. 

JIM akan mendapatkan kerjasama daripada negara jiran serta agensi-agensi penguatkuasa yang lain untuk membanteras sindiket penyeludupan migran di peringkat antarabangsa, katanya. 

Bagi tempoh 2014 hingga Jun tahun ini, JIM mengesan dan menumpaskan 99 kes Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM). 

"Daripada jumlah itu, sebanyak 41 kes adalah berkaitan dengan khidmat seks, 27 kes berkaitan dengan buruh paksa dan 31 kes berkaitan penyeludupan migran," katanya. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan