Suami Isteri Maut Kemalangan Lima Kereta

Diterbitkan: Isnin, 17 Julai 2017 11:30 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Sepasang suami isteri maut, manakala 10 lain cedera ringan dalam kemalangan melibatkan lima kereta di Kilometer 59, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, dekat Kota Tinggi malam Ahad.

Mangsa yang maut ialah Jamaludin Chemin, 56, dan Maimunah Abd Wahab, 52, berasal dari Felda Penggeli Timur, Kulai, yang difahamkan meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan di Hospital Kota Tinggi (HKT).

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superitendan Ahsmon Bajah berkata kemalangan berlaku kira-kira 9.45 malam itu melibatkan kereta jenis Toyota Caldina, Perodua Axia, Proton Iswara, Perodua Myvi serta Proton Exora.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu Toyota Caldina dari arah Sungai Rengit menghala ke Kota Tinggi dipercayai hilang kawalan dan memasuki arah bertentangan lalu bertembung dengan kenderaan lain," katanya menerusi kenyataan, Isnin.

Ahsmon berkata kereta-kereta lain pula tidak sempat mengelak dan merempuh lalu menyebabkan kemalangan.

Katanya kesemua mangsa dirawat di HKT.

Beliau sehubungan itu menasihati orang ramai supaya memandu mengikut had laju ditetapkan khususnya di kawasan jalan yang kurang lampu jalan.-- Bernama 


Tags / Kata Kunci: Kota Tinggi , Felda Penggeli Timur

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan