Suami Tetak Isteri

Diterbitkan: Sabtu, 15 Julai 2017 9:41 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Seorang peniaga ditetak suaminya dalam satu pergaduhan di Membakut yang terletak kira-kira 90 kilometer dari sini, awal pagi Jumaat.

Suspek berusia 52 tahun yang bekerja sebagai penoreh getah dipercayai menetak isterinya menggunakan parang selepas mangsa mengesyaki dia mempunyai hubungan sulit dengan seseorang di Facebook.

Berang dengan tuduhan itu, suspek yang juga warga Indonesia dengan status penduduk tetap dipercayai menyerang isterinya dengan parang.

Wanita itu mengalami kecederaan di bahu dan lengannya.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Razak berkata seorang jiran yang terdengar pergaduhan itu pergi ke rumah mangsa dan terlihat lelaki terbabit menyerang isterinya.

"Suspek kemudiannya meninggalkan rumah itu dan jiran mangsa memaklumkan polis dan menghubungi ambulans," katanya ketika dihubungi.

Azmir berkata suspek ditahan tidak lama selepas insiden itu manakala isterinya dihantar ke hospital.

Wanita itu dilaporkan menerima beberapa jahitan pada kesan luka tetakan tersebut.

Kes itu akan disiasat kerana menyebabkan kecederaan teruk.

Tags / Kata Kunci: tetak

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan