Lelaki Rentung Selepas Kereta Terbabas, Terbakar

Diterbitkan: Khamis, 13 Julai 2017 11:25 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang lelaki rentung apabila kereta dipandunya terbakar selepas terbabas ke laluan bertentangan dan dirempuh sebuah kereta di Km321.6 Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara, berhampiran susur keluar Tapah, di sini, awal pagi Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Tapah Supt Som Sak Din Keliaw, Lim Chin Teck, 26, dari Taiping, maut di tempat kejadian dalam kejadian kira-kira 3.15 pagi itu.

“Kereta dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas melanggar penghadang jalan dan telah masuk ke lorong kanan dan dirempuh kereta Toyota Estima yang tidak sempat mengelak dan mengheret kereta mangsa sejauh 100 meter," katanya ketika dihubungi di sini Khamis.

Katanya akibat rempuhan itu kereta Proton Iswara dipandu Lim dari arah Kuala Lumpur ke Taiping terbelah dua dan terbakar manakala kereta Toyota Estima turut terbakar sepenuhnya di tempat kejadian.

"Pemandu Toyota Estima yang berumur 26 tahun serta adik dan bapanya dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur ke Bagan Serai, bagaimanapun sempat keluar dari kenderaan sebelum kereta mereka terbakar," katanya.

Som Sak berkata ketiga-tiga mangsa yang berumur lingkungan 14 hingga 53 tahun itu dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Kampar manakala mayat Lim dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tapah, Tarmizi Rashid berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu kira-kira pukul 3.30 pagi sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau berkata sebaik anggota bomba tiba di tempat kejadian, kedua-dua kereta sedang terbakar.

"Kedua-dua kereta tersebut musnah terbakar 80 peratus namun kita berjaya memadam kebakaran tersebut menggunakan air dari jentera serta mengeluarkan mangsa (Lim) yang terperosok di bawah kereta Toyota Estima.Operasi tamat sepenuhnya kira-kira pukul 5.30 pagi," katanya. - BERNAMA 

Tags / Kata Kunci: rentung

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan