Lelaki Dengan 100 Saman Tertunggak Ditahan

Diterbitkan: Rabu, 12 Julai 2017 7:53 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang jurujual lelaki yang didapati tidak menjelaskan 100 saman tertunggak sejak 10 tahun lepas ditahan dalam operasi khas trafik di Jalan Patani, George Town di sini, Rabu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar berkata lelaki berusia 30-an itu ditahan dalam operasi yang bermula 10 pagi hingga 1 tengah hari dan pemeriksaan mendapati dia tidak menjelaskan saman membabitkan kesalahan meletak kenderaan di kawasan tidak dibenarkan serta  pelbagai kesalahan lain.

"Pemeriksaan juga mendapati 97 saman tertunggak lelaki itu adalah di daerah Timur Laut manakala bakinya di beberapa kawasan lain di negeri ini. Semua saman itu belum dijelaskan sehingga hari ini," katanya di sini Rabu.

Beliau berkata dalam operasi itu, sebanyak 220 saman dikeluarkan membabitkan kesalahan antaranya tidak berhenti di lampu isyarat, menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan tidak memakai tali pinggang keledar.

Sebanyak  14 notis waran tangkap turut dikeluarkan kepada pengguna jalan raya yang didapati tidak menjelaskan notis saman sebelum ini. -Bernama

Tags / Kata Kunci: saman tertunggak , ACP Anuar Omar

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan