Polis Akan Siasat Semula Kes Thaqif - Berita Jenayah | mStar

Polis Akan Siasat Semula Kes Thaqif

Diterbitkan: Selasa, 11 Julai 2017 1:59 PM

Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis akan menyiasat dan mengklasifikasikan semula kes Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi selepas keputusan bedah siasat mendedahkan kematian murid itu disebabkan leptospirosis (penyakit kencing tikus).

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, kes tersebut tidak lagi diklasifikasikan sebagai bunuh.

"Kita mungkin menyiasatnya kerana menyebabkan kecederaan," katanya kepada pemberita di Bukit Aman pada Selasa.

Beliau menambah, polis mungkin juga mengesyorkan inkues bagi menentukan keadaan kematian Mohamad Thaqif.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, Thaqif meninggal dunia kerana leptospirosis dan beberapa kerumitan lain. 

Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail di sini pada 26 April lalu sebelum sempat menjalani pembedahan memotong tangan kanannya, yang dijangkiti bakteria selepas cedera dipercayai didera pembantu warden terbabit.

Sebelum itu, kedua-dua kaki pelajar itu telah dipotong akibat jangkitan sama.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan