Anak, Bapa Pegawai Kanan Misdec Ditahan

Diterbitkan: Selasa, 11 Julai 2017 6:13 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dua pegawai kanan Pusat Pembangunan Kemahiran Perindustrian Melaka (Misdec) ditahan kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dengan meluluskan pemindahan wang syarikat ke akaun peribadi milik mereka.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Melaka menahan kedua-dua suspek yang merupakan bapa dan anak di Melaka pada Selasa.

Difahamkan, masing-masing memegang jawatan Pengurus Eksekutif serta  Pengurus Unit Pentadbiran dan Kewangan di syarikat tersebut.

Sumber berkata, suspek berusia 76 dan 43 tahun itu dipercayai  memindahkan kira-kira RM4 juta  bagi sepanjang tempoh 2014 sehingga 2015.

"Hasil siasatan SPRM mendapati, pemindahan wang dilakukan menerusi beberapa keping cek yang nilainya mencecah lebih kurang RM 4 juta," katanya.

SPRM telah menyita hampir RM600 ribu wang dalam akaun syarikat tersebut.

Selain itu, pasukan penyiasat juga telah merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda dan perkakasan syarikat tersebut bernilai hampir RM350,000.

Menurut sumber itu lagi, MISDEC merupakan sebuah badan NGO yang mendapat peruntukan daripada Kementerian Sumber Manusia dan Kerajaan Negeri Melaka untuk membina sebuah kolej berasaskan latihan kemahiran industri.

Tambahnya, kementerian sumber manusia dan Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM4.5 juta kepada NGO tersebut namun sehingga kini tiada sebarang latihan dilaksanakan.

"Kedua-dua suspek itu telah menubuhkan sebuah syarikat dan memindahkan hampir kesemua wang itu ke dalam akaun syarikat bagi tujuan peribadi," ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata pasukan penyiasat masih dalam proses mengumpul bukti-bukti berkaitan kes.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan boleh dijatuhi hukuman denda lima kali nilai rasuah atau RM 10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.

Kedua-duanya dijangka dihadapkan ke mahkamah Ayer Keroh untuk direman pagi Rabu bagi membantu siasatan.

Tags / Kata Kunci: Misdec

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan