Kejam! Mayat Bayi Tanpa Kepala Ditemui

Diterbitkan: Selasa, 11 Julai 2017 7:51 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Mencampakkan bayi ke tempat sebarangan mengundang dua kemungkinan, sama ada diambil dan dipelihara insan prihatin, atau dimamah haiwan liar.

Sehubungan itu, mayat seorang bayi perempuan berusia 35 minggu ditemukan di hadapan sebuah kilang di Jalan Bakar Arang di sini Ahad tanpa kepala dan tangan, dipercayai telah dimakan anjing liar.  

Mayat bayi berkenaan sebelum itu dipercayai telah diletakkan di sekitar kawasan kilang tersebut oleh ibu bayi atau teman ibu itu dengan harapan ada insan yang mengambil untuk memeliharanya.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, mayat bayi malang itu dijumpai orang awam di kawasan berkenaan pada 4.30 pagi dan dipercayai telah mati sejak sehari atau dua hari lepas. 

"Kepala dan kedua-dua tangan bayi terbabit dipercayai dimakan anjing liar, ini susulan maklumat awal yang mendakwa  mayat terbabit dikelilingi anjing sebelum orang awam menyedari bahawa ia adalah mayat bayi.

"Hasil bedah siasat menyebut punca kematian adalah 'tidak dapat dipastikan," kata Md Zukir dalam satu kenyataan pada Isnin malam.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.

Suspek kes berkenaan belum dapat dikesan setakat ini. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan