Jururawat Terkejut Bunyi Beep Rupa-Rupanya Bom

Diterbitkan: Ahad, 9 Julai 2017 2:06 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang jururawat wanita berusia 27 tahun terkejut apabila mendapati bunyi ‘beep’ di belakang keretanya adalah sebuah bom jenis Improvised Explosive Device (IED).

Dalam kejadian itu kira-kira pukul 10 malam Sabtu itu, mangsa, P. Janagi yang bertugas di sebuah klinik swasta di Pekan kapar, Klang dikatakan terdengar bunyi tersebut semasa dalam perjalanan dari tempat kerja untuk pulang ke rumahnya di Taman Nesa Kampung Simpang 3, Jeram, Kuala Selangor.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner, Fadzil Ahmat berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa kemudiannya singgah ke rumah bapa saudaranya di Taman Damai di Kapar, dan meminta untuk memeriksa punca bunyi itu pada keretanya jenis Proton Saga.

“Susulan itu, bapa saudara mangsa menemukan objek berwarna hitam menyerupai bahan letupan buatan sendiri yang dilekatkan di bawah bampar kereta itu dan mencabutnya. Semasa bapa saudaranya mencabut objek tersebut, ia masih mengeluarkan bunyi ‘beep’ sebelum mereka memaklumkan kepada pihak polis sejurus selepas itu,” katanya.

Fadzil menambah, selepas menerima laporan penemuan objek itu, Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dikerahkan ke lokasi kejadian untuk melakukan pemeriksaan lanjut dan mengesahkan ianya merupakan bahan letupan buatan sendiri dari jenis IED.

Hasil pemeriksaan, objek terbabit didapati mempunyai dua silinder yang dibalut dengan pita berwarna hitam selain dilengkapi dengan papan litar elektronik dengan wayar berwarna merah dan hitam termasuk suis.

“Bom terbabit dimusnahkan kira-kira pukul 2.30 pagi ini di kawasan padang bola bersebelahan Balai Polis Kapar dengan menggunakan robot pemusnah bom,” katanya yang turut memaklumkan pihaknya masih lagi mengenalpasti motif kejadian itu termasuklah suspek yang terlibat.

Kes itu katanya disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan jenayah serta Seksyen 8, Akta Bahan Letupan 1957.


Tags / Kata Kunci: Jeram , Fadzil Ahmat

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan