Tengkorak Remaja Pecah Dalam Kejadian Samun

Diterbitkan: Sabtu, 8 Julai 2017 7:25 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun pecah  bahagian  tengkorak dipercayai dipukul dalam satu kejadian samun di rumahnya di Kampung Masjid, Kajang dekat sini, Jumaat.

Mangsa, Syazana Amirah Asshaari ditemui oleh ibunya Siti Rafiah Mansor, 48, dalam keadaan terbaring  di atas katil dengan keadaan berlumuran darah serta kecederaan di kepala, dagu dan mulut, kira-kira 11.15 pagi.

Siti Rafiah berkata beliau keluar bekerja awal pagi dengan mengambil upah mengemas rumah  dan  pulang ke rumah pada 11 pagi sebelum melihat keadaan anak bongsunya yang tidak sedarkan diri di dalam bilik.

"Saya terus minta tolong jiran untuk menghubungi ambulans untuk menghantar anak ke hospital, " katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Kuala Lumpur (HKL), Sabtu.

Katanya, ketika kejadian anak bongsu daripada lima beradik itu tinggal seorang diri di rumah memandangkan yang lain keluar bekerja.Siti Rafiah berkata anaknya kini sedang mendapatkan rawatan di unit rawatan rapi HKL dan berada dalam keadaan kritikal.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan dalam satu kenyataan  berkata  pemeriksaan mendapati tengkorak kepala mangsa di sebelah kiri dan kanan pecah dipercayai dipukul dengan objek tumpul dan tajam.

"Selain itu, ibu mangsa mendapati dua buah telefon bimbit serta dompet milik mangsa telah hilang," katanya.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun  mendatangkan kecederaan.

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta memaklumkan kepada polis atau boleh menghubungi pegawai penyiasat Insp Zazali Kenek di talian telefon 019-7100662. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: samun

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan