SPRM Jejaki YDP DPMM Perak - Berita Jenayah | mStar

SPRM Jejaki YDP DPMM Perak

Diterbitkan: Selasa, 4 Julai 2017 5:30 PM

Sabri Ahmad Tah.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menjejaki Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Perak, Sabri Ahmad Tah bagi menyelesaikan kes pendakwaan satu kes rasuah di mahkamah.

SPRM dalam satu kenyataan pada Selasa berkata kes tersebut melibatkan projek memajukan tanah di sebuah lokasi di Perak dan pembekalan bahan binaan pada 2014.

"Sabri yang juga Pengarah Syarikat Semarak Sinergi Sdn Bhd memegang kad pengenalan bernombor 701117-08-6285, mempunyai alamat terakhir di No 11, Jalan SCI 3/12, Garden Villa, Bandar Baru Sunway, Tambun, Ipoh," demikian menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, SPRM menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat dan mengenali Sabri diminta menghubungi Penolong Penguasa Mohd Zulfadhli Mohamad Yusof di talian 03-88867094 atau 018-2303110.

Tags / Kata Kunci: SPRM , kes rasuah

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan