Bayi Wartawan Maut Dipercayai Tersedak Susu

Diterbitkan: Isnin, 3 Julai 2017 9:48 PM

Dakapan terakhir Norhafiza bersama Aira ketika di Hospital Shah Alam. Foto Sinar Online.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang bayi perempuan berusia empat bulan yang juga anak kepada wartawan akhbar Sinar Harian, meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu di rumah pengasuhnya di Seksyen 19, di sini Isnin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30tengah hari, Aira Amira Nurul Ridhuan yang merupakan cahaya mata sulung pasangan wartawan Sinar Harian, Nurul Ridhuan Nor Ashaha, 32, dan Norhafiza Che Abdullah, 27, dikatakan tidak sedarkan diri ketika dikejutkan oleh pengasuhnya.

Menurut Nurul Ridhuan, sebelum kejadian, anak perempuannya itu tidur di dalam buaian selepas diberikan susu oleh pengasuh.

"Kira-kira pukul 9 pagi tadi saya hantar anak ke rumah pengasuh, namun pada pukul 1.30 tengah hari, pengasuh menghubungi saya dan memaklumkan anak saya tidak sedarkan diri sebelum pengasuh membawa Aira ke klinik berdekatan dan pihak klinik kemudian menghantar Aira ke Hospital Shah Alam (HSA).

"Doktor hospital kemudiannya mengesahkan anak saya telah pun meninggal dunia kira-kira pukul 3.10 petang," katanya ketika ditemui pemberita di sini, Isnin.

Nurul Ridhuan berkata pihak hospital akan melakukan bedah siasat ke atas mayat anaknya malam ini sebelum jenazah dibawa pulang ke kampung halamannya di Felda Besout, Sungkai, Perak untuk dikebumikan.

Beliau mengakui masih di dalam keadaan terkejut dan sedih dengan kejadian itu, namun tetap reda dengan pemergian anak sulungnya.

"Saya baru mula bekerja hari ini selepas bercuti seminggu menyambut hari raya bersama keluarga di kampung," katanya dalam keadaan sebak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Mamat ketika dihubungi Bernama mengesahkan polis menerima laporan berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 3.35 petang daripada pihak hospital.

"Buat masa ini, polis masih menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kematian dan sebarang tindakan susulan bergantung kepada laporan bedah siasat itu," katanya.

Tags / Kata Kunci: tersedak susu

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan